Senin, 01 Oktober 2007


Fungsi dan Kebaikan :


Antigeseran

  • Mengurangkan keusangan dan kerosakan enjin
  • Mengurangkan rintangan
  • Mengawal keadaan terma

Melindungi enjin daripada bahan pencemar

  • Menghapuskan kekotoran dan sisa karbon
  • Perlindungan terhadap kelembapan
  • Meneutralkan penghasilan asid semasa proses pembakaran
  • Membina rintangan terhadap proses pengoksidaan minyak
  • Menyediakan persekitaran pergerakan enjin yang lebih bersih

Melindungi kerosakan enjin akibat tindakan menghidupkan enjin yang tidak betul

  • Pelekatan minyak terhadap permukaan besi
  • Meminimumkan perubahan kualiti minyak
  • Menstabilkan kelikatan minyak

Membantu proses pemampatan yang lebih baik

  • Menyokong pembakaran lengkap
  • Membina ketahanan terhadap tekanan yang terlalu tinggi
  • Mengurangkan pencemaran

Faedah dan Penjimatan :

  1. Kecekapan prestasi enjin menjanjikan penggunaan minyak yang lebih ekonomi terutama pada masa kini di mana harga minyak cenderung berubah-ubah.
  2. Engin dapat berjalan dengan lebih lancar dan seterusnya mengurangkan pencemaran bunyi.
  3. Menjanjikan pemanduan yang lebih selesa dan lancar dan seterusnya mengurangkan ketegangan semasa kesesakan lalu lintas.
  4. Pembakaran lengkap mengurangkan penghasilan asap.
  5. Enjin yang lebih bersih membolehkan penjimatan kos penyelenggaraan bahagian enjin dan seterusnya memanjangkan jangka hayat bahagian enjin. Selain itu, risiko kerosakan kereta dapat dikurangkan.
  6. Enjin yang lebih bersih membentuk persekitaran yang lebih bersih dan seterusnya mematuhi peruntukan undang-undang.